Thursday, August 29, 2013

Ukhwah

nota sampah oleh ♛cik.Zaza Zakaria♛ 0 mereka yang cantik dan kacak

                            Malam sebelumnya mata bersengkang membawa housemate yang sakit ke hospital, hampir ke subuh berkampung dihospital. Pagi itu juga adanya hari keluarga JPH anjuran junior semester5 mungkin...

                           Beratnya hati nak hadir, berat lagi mata hendak membuka. Penat masih berbaki lelah tak hilang lagi, tapi kenangkan PA "bonda" kami digagahkan jiwa dikuatkan hati menghadirkan diri niatnya sekadar tunjuk muka tapi lain jadinya.

                       Hahaha permainan yang suka-suka menjadi taruhan serius. Kami makin mengila bila diacah adik-adik junior yang menganggu tumpuan kami semasa jambatan konkrit hahah memang kerana mereka kami menang, dan kerana mereka uhkwah kami terjalin kembali dan semakin utuh.

Terima kasih pada mereka, yang menjalinkan ukhwan kami semula.









Saturday, August 24, 2013

Hati itu

nota sampah oleh ♛cik.Zaza Zakaria♛ 0 mereka yang cantik dan kacak
hati itu menangis lagi,
kali ini lebih lebat,
lebih kencang ribut dihatinya,
sepi.

hati itu terhiris lagi,
kali ini lebih dalam,
lebih besar luka dihatinya,
pedih.

hatinya terseksa lagi,
kali ini lebih sakit,
lebih perit rasa hatinya,
mati.

telah dia jahit luka lalu,
telah dia balut hati itu,
dia matikan rasa,
dia matikan jiwa,
hampa.



Thursday, August 22, 2013

Bangkit

nota sampah oleh ♛cik.Zaza Zakaria♛ 0 mereka yang cantik dan kacak
Bangkit sayang bangkit,
Jangan begini,
Kesat air mata itu,
Mari sayang,
Biar ku hangatkan jiwa luka itu,
Agar tenang hati mu,

Bangkit kasih bangkit,
Dongakkan wajahmu ke hadapan,
Bertatihlah ke mari,
Walau luka disekelilingmu,
Mari kasih,
Biarkan aku pimpinkan langkah kita
Supaya haluan kita sama

Bangkit cinta bangkit,
Jangan lena dibuai mimpi sedih,
Mari cinta,
Biarkan cinta itu pergi,
Kerna jodoh itu rahsia Allah


 

It's from HEART Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea