Pada mereka aku mungkin tersenyum riang bergurau senda tertawa bersama.. tapi hakikatnya hanya aku tau bertapa deras air itu mengalir.. Bertapa peritnya hati itu dirobek.. Kerana ia rahsia aku bersama pencipta, yang menciptakan hijab setiap umatnya.. Yang bijak mencipta watak dalam setiap babak hidup yang bermain disekeliling mereka... Hahahaha.. Ya aku sedang ketawa dihadapan kamu.. Tersenyum melihat tingkahmu.. Menari mengikut rentak muzik itu..
Tapii adakah kau melihat tirai disebalik hijab ku??
Bagaimana aku terduduk tunduk bisu dan kaku disetiap luka ditoreh??
Bagaimana aku menangis teresak sedu dan pilu dengan parut yang masih berbaki??
Pada sudut dibucu katil aku menangis mengalirkan setiap duka bicara aku kepada sang pencipta.. Seperti anak kecil yang memerlukan kasih Ibu sambil memeluk bantal hingga aku lena dibuai mimpi..
Pasti tidak..kerana aku sedang ketawa senyum dan menari dihadapan mu
0 mereka yang cantik dan kacak:
Post a Comment