Monday, May 9, 2011

ANEMIA

nota sampah oleh ♛cik.Zaza Zakaria♛
okey dari bidang hotel kita tukar ke bidang doktor..ahaaa...berkemungkinan nie penyakit bonda...
.
.
.
Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. 
Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah
Tiga kelas anemia yang utama termasuk:
  • kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
  • pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
  • pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).
dignosis:
:
:
Satu-satu cara mengesan anemia adalah dengan ujian darah. Lazimnya, kiraan darah lengkap boleh dilaksanakan. Selain daripada melaporkan jumlah sel darah merah dan tahap hemoglobin, penganalisis automatik juga boleh mengukur saiz sel darah merah, yakni satu alat penting untuk membezakan sebab-sebabnya.
Kekadangnya, ujian lain diperlu untuk membezakan lagi sebab-sebab anemia. Ini dibincangkan bersama dengan diagnosis pembezaan (bawah). Doktor mungkin juga memutuskan membuat ujian darah penyaringan yang lain untuk menentukan sebab keletihan, tahap-tahap glukosa, kadar pemendapan eritrosit, feritin, ujian fungsi renal serta elektrolit mungkin menjadi sebahagian daripada kajian diagnosis intensif. 
 Tanda-tanda
:
Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan. Pendek nafas apabila melakukan senaman.. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak. Angina pektoris iaitu suatu keadaan apabila berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi. Palpitasi, iaitu suatu keadaan apabila denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa. Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan; dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Penyakit demam kuning (jaundis) terjadi bagi kes anemia hemolitik .


so sape ade tanda2 nie bawak2x ler jumoe doktor pakar.... :)

0 mereka yang cantik dan kacak:

 

It's from HEART Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea